Followers

Dapur HAMBA

LAKSA KEDAH BY ME

Assalamualaikum , dan selamat datang ke dapur Amoii !
okay , tadi aku masak Laksa ! laksa kedah :D hohoo.Alhamdulillah , sedap ugakk ,nyummi,
lepas tu ,bagi lh kat jejiran tetangga sikit en , sebab buat banyak :D
Okay aku nak share lah ngan korang ,
kalau rajin leh buat ,
mane tahu korang buat lagi sebab dari aku en :D

OKAY , STEP 1 !

sediakan bahan :
  • Bawang besar (7biji dikupas) 
  • Bawang Merah (8 biji dikupas)* kalau macam nak masak untuk ramai orang / kalau nak masak untuk 2 3 orang tu , sikit je lah ok *
  • cili kering
  • daun selom,daun senehom *entah betul ke idok aku taip , hehe *
  • ikan sardin atau kembung dalam sekilo(siang ikan itu)
  • asam keping
  • bunga kantan *tapi aku masak takletak bunga kantan ,sebab aku tak suka*
Okay dah sedia kan,
Cili kering,bawang besar dan bawang merah tadi dipotong besar , untuk Dikisar ,
campurkan semua semua (cili kering dan bawang untuk dikisar,kalau nak asing pun boleh, sebab takut takmuat dalan bland tu nanti) kisar sampai halus tau :)

selesai kisar , bawang dan cili kering , lihat gambar :


Kemudian , ambil ikan sardin yang telah  di siang tadi , rebus semua ikan ikan itu kedalam periuk , air rebus tu , letak lah bebanyak sikit , untuk dibuat kuah nanti , setelah ikan sudah direbus , ambil ikan itu dan asing kan isi daan tulang sperti gambar ini :)

 isi ikan

tulang ikan

Kemudian, setelah siap diasingkan isi ikan dan tulang ikan tu,
Ambil kesemua tulang tulang ikan itu dan letak sedikit air untuk dikisar sehingga halus ,

Selesai kisar.
ambil tapis ,dan tapis kan tulang ikan yg dikisar tadi kedalam mangkuk besar,ambil kuah stok ikan yang direbus tadi tu ,Tapis berulang kali sehingga tidak ada tulang ,

Kemudian isi ikan tadi pun dikisar halus , kemudian campur kedalam mangkuk besar yg berisi air ikan yang ditapis tadi tu , kemudian , tapis kesemua air ikan yg dikisar tadi kedalam periuk besar , kemudia . rebus seperti gambar dibawah :

Kemudian ..campurkan cili kering dan bawang yang dikisar tadi tu kedalam kuah ikan seperti ini yeaa :

Dah campur , rebus sehingga mendidih ,

Sesudah mendidih , masukkan asam keping (asam gelugur) dalam  2,3,4 keping .garam secukup rasa .dan belacan sedikit .agak agak lahh , hihii .kalau boleh belacan tu bakar dulu okeng .

oh , ajinomoto and bunga kantan sy mmg tak masuk , tapi kalau korang nak masukkan boleh , ikut citarasa memasing :)

dah secukup rasa kuah laksa tu tadi , masuk daun senehom , ni tengok gambar ni :

dah masukkan . kacau kacau . dan biar dia mendidih sekali lagi . 
dah mendidih masak semua , tutup api dapur,

Selesai membuat kuah laksa ,

Kemudian , rebus laksa pulak , sehingga ia lembut , kalau korang nak laksa kental ke , boleh juga , aku suka yang kental ,hee :D 



okay , sesambil tunggu laksa masak .

potong bahan bahan untuk dimakan dalam laksa nanti ,

Sediakan :
  • Timun
  • bawang besar
  • cili melaka
  • salad
  • daun selom (ulam)
  • limau purut atau kasturi (dipotong)
  • Telur rebus
  • Nenas
hiris kesemua itu , dan masukkan ke dalam mangkuk yang berasingan , jangan campur pulak , huhu , sebab tu semua hiasan dan ulam utk laksa :)

berbalik kepada laksa yg direbus, sesudah masak laksa itu dah lembut apa semua lah , tapis dan cuci laksa itu , dan hidang kan ,

dah siap , nie lah hasil nya :D

lAKSA KEDAH BY NOOR ALIYAH

Alaaa , gambar terbalik . takpelahkann . hee :D
OKAY.selamat mencuba , sila tinggalkan komen anda :D
Assalamualaikum .







AYAM GORENG BEREMPAH BY ME

Assalamualaikum dan selamat tengahhari :)
disini aku nak share ape yang aku masak semalam ,
semalam aku masak ayam goreng berempah ,
alhamdulillah , jadi jugak , sedap:D

okay , nak resepi ?
aku bagi k :D

Sediakan :
  • Serai - 2 atau 3 batang  (Dihiris seperti gambar dibawah)
  • bawang besar (1biji)/bawang merah (2,3 macamtu)*tapi aku guna bawang besar terus*
  • bawang putih - 1 labu atau 1/2 labu 
  • Halia setengah
kesemua bahan tadi dihiris seperti gambar di bawah :

 
1) Dah di potong


step ke dua , kesemua bahan tadi dicampur dan dikisar sehingga halus , lihat gambar tersebut :

kesemua bahan tadi yang telah dikisar halus


Step ke 3 , campur bahan yang dikisar tadi ke dalam ayam kite ye adik adik ,
Kemudian Campur dengan bahan tersebut :

  • Rempah kari ayam ( ikut korang lah nak guna babas ke , cap apa ke )
  • Garam 1 sudu *kalau macam aku, aku agak agak aje*
  • kicap
  • cili bo sikit 
  • kunyit
  • lada hitam , lada putih ,*tapi aku masuk lada putih aje , hehe*
 Kalau korang nak pedas leh letak cili lebih and rempah lebih , aku suka pedas,so aku buat pedas lah , huhu

Selesai campur kesemua tu ke dalam ayam Gaulkan ayam tersebut , seperti gambar tersebut :-


 Sesudah habis gaul sehingga rata , Ambil daun pandan dan ikat kat ayam macam yang aku buat tu ok.senang je :D

selesai semua tu, kita panaskan minyak dalam kuali , dah panas minyak tu , haa , letak lah ayam tu , goreng macam aku buat ni , hahaa , korang pun tahu , saja tunjuk haa :

Api dapur tu jangan terlalu kuat k,sebab nanti takut tak masak isi ayam tu


Selesai goreng .Hiaskan ayam goreng berempah dan Hidangkan didalam pinggan , SELESAI , dan ini lah Hasilnya !

 ini bukan hangit , tapi disebabkan kite letak kicap tadi kan , huhu .
Dah siap AYAM GORENG BEREMPAH bY Noor Aliyah

SELAMAT MENCUBA KAWAN KAWAN :)  

No comments:

Post a Comment