Followers

Friday 13 December 2013

CUMA NAK KATA HARI NI AKU SEDIH .

Thursday 14 November 2013

Ketentuan Ilahi..

Assalammualaikum ,
selamat tengah pagi ...
setiap yang hidup pasti akan mati , ya ...
semua orang takut mati ... tapi bukan takut mati sebenarnya ..tetapi takut bagaimana cara kita mati nanti ..
sambil update blog sambil dengar ceramah isteri solehah ..
almaklumlah dah nak kahwin , huhuu ..
insyaAllah ...

aku selalu risau ...risau takut tak sempat .,bukan sbb gatal ke apa , tp ada sebab tertentu , ya Allah .. hanya Allah sahaja yang tahu .. taksemua aku leh cerita kat sini ape yang aku hadapi dan apa yang aku rasa.. biarlah selebihnya simpan dalam hati ..semoga Allah panjangkan umur dia .. aku bersyukur dapat ditemukan dengan seorang hamba Allah ni .. Ya Allah , tak tahu nak cakap macam mana , takdapat ku luahkan dengan kata kata .. hanya aku dan Allah sahaja yang tahu .. dia takpernah sakitkan hati aku atau kasar bhasa , jujur aku cakap . susah nak dapat lelaki macam tu , tapi , Allah sayangkan dia .. Allah uji dia , dan aku hanya mampu berdoa dan mena**** ... aku taktahu kalau aku takjumpa dia , mungkin aku putus asa didalam proses perubahan diri aku . sebab sebelum aku kenal dia , ada masalah sikit , mulut org kata .. dengan perubahan aku .. aku hampir putus asa .. Allah maha menyayangi , Allah maha besar , aku ditemukan dengan dia , bukan nak kata apa lah kan .. tapi setelah aku kenal dia .. kembali semangat aku untuk meneruskan perubahan diri , dalami agama dengan dalam lagi, insyaAllah dia dapat bimbing aku dengan izin Allah. tapi hidup ni hanya sementara , bahagia hanya sementara , semoga aku tabah hadapi dugaan ni , semoga hati aku tabah .aku tahu aku akan lalui waktu tu jugak..sedihnyaa.. Allahu .. sangat bertuah aku bertemu dengan hamba Allah yang hati nya mulia .. aku bersyukur kepada Allah .ohh , nampaknya dah lewat , dan aku perlu melelapkan mata , walaupun melelapkan mata dengan airmata . semoga Allah ampunkan dosa dosa hambaNya , aku tidaklah sempurna . jika ada salah boleh tegur :) Assalammualaikum...

Sunday 1 September 2013

Anugerah Allah SWT

Assalammualaikum ,
macam biasa . waktu waktu macam ni mata aku bercekang untuk mengadap benda alah ni , sebab aku sungguh gembireeee sangat , alhamdulillah , syukur kepada Allah SWT . Dialah yang melimpahkan rezki kepada kita , cuma lambat atau cepat saje , manusia haruslah kene bersabar :) pasti ada hikmah sebaliknya ^^ alhamdulillah bisnes setakat ni baik je . tak lama lagi produk makcik aku nak keluar . janna lawwa :) packaging baru , wahh . tak sabar rasaya , lepas tu mulalah bzzzzz . huhuu . takpe lah . kite kene suka pada kerja yang kite buat tu . sebab baru semangat jaya nak buat kan? walaupun terpaksa bercekang mata tengah malam membuat kerja . kerja mana yang senang ? kan ? tapi kita kene anggap senang . kikiki . macam mana tu ? jangan merasa susah untuk membuat sesuatu perkara .


Aku bersyukur kepada Allah SWT ditemukan seorang hamba Allah sorang ni , yang sudi menerima diri  aku yang jahil ni , aku hanya mampu Berdoa . takmampu aku mengucapkan apa yang tersirat di dalam hati ini . Biar Allah saja yang mengetahui . semoga dia dapat membimbing aku dan memimpin tanganku ke Jannah , semoga Allah hadirkan cinta yang Halal bagi diriku . Allahu .semoga kita dijauhkan dari segala maksiat , yang baik jangan dilambat lambatkan , semoga Allah menjaga Hati kita . aamiiin .

Tengah tengah malam macam ni mulalah perutku berkeroncong , makan banyak .tapi tak gemuk gemuk pun , takpelahh . hee . syukur lahh kikiki . sudah menjadi impian seorang perempuan makan banyak tapi tak gemuk . ohhh . seronok nyaa . hikhik . berat aku naik , tapi tinggi aku taknaik pun , acano ? tapi aku rasa mesin tu rosak ah , ade ke berat aku 50kg? takpernah k , takpernah cecah 49n atau 50 . hohoo .tidakkk . harap tak . kikiki .tapi sepatutnya berat aku kene 52 . tapi . hohoo . taknakk . okaylahhh .mau off , takat ni je lahh , nak pergi dapur nak mencari  apa yang ade , nyum nyumm :D Assalammualaikum

Friday 30 August 2013

Princess Cut Abayath




visit my Instagram nooraliaibrahim

how to order abayath jubah ? 
whatsapp 0134932639
email chibimaruko635@gmail.com
 ada pelbagai warna boleh visit my IG atau di facebook Alia Ibrahim,

Starting date : 31st Aug 2013
Closing date : 7th Sept 2013

PRE ORDER 


Thursday 29 August 2013


Assalammualaikum :)
semua sihat ? alhamdulillah ..
jam sekarang menunjukkan tepat pada pukul 12.00AM *awal lagi* dan aku masih bercekang mata menghadap benda alah blogger nih sambil layan lagu di youtube bertajuk ehemmm . takleh gthu nanti korang curik , hahahaa . lagu seseorang khas bg kat aku , llalalalalalaaa .takde lahh , gurau jep, hihii ^^
tak sihat sikit  , batuk + selsema , tapi alhamdulillah , masih bertenaga :) selera makan , lalu haihh.wink wink.

semalam g jogging , huarghh . lama gilalah tak jog , last jog mase sklh menengah , so kene sambung balik , jom jaga kesihatan sikit , asyik terkurung kat dalam rumah jer , then kuar makan je , tak rock lahh , kikiki.
semalam punya jog satu round kat D'Aman Park , jauh jugak lahkan nak kne jog , satu round baru . if dua tiga round? huahahaaaa , takbangun esok pagi , biasalah memula kann . nak kene biasakan diri . lelama ok lah tuh , ni pun sakit and lenguh gila kaki :'( makkk . hahaa .

sejak dua menjak ni , aku jadi semakin malas malas dan malas , Ya Allah . iblis manalah yang hasut aku :/
bangun lia bangun! kau tu perempuan , kene kuat . ye aku kene kuat . aku perlukan sokongan . cehh . sokongan lahhh sangatt . err . hahaaha . banyak perkara aku fikir , sebenarnya perkara tu kecik , tp bagi aku besaq . hohoo . sampai naik tocang aku memikiorkan ni , masalah kewangan lahh . masalah negara lahh, masalah hati lah EH?? lalallalalaaa , taksabaq tggu raya haji ni . wink wink .tapi , aku hanya mampu berdoa . aku akan terus berdoa . dan aku kene bersabar jika rezeki aku masih belum ada . mungkin ini ujian untuk diri aku . aku bersabar . ade orang yang lagi susah dari kita , tapi kita kene berusaha .

 Nabi SAW pernah mengatakan bahwa " siapa yang hari ini  sama seperti hari kelmarin  maka dia orang yang merugi . Siapa hari ini lebih baik dari hari kelmarin maka dia orang yang beruntung, maka siapa hari ini lebih buruk dari hari semalam maka dia orang yang terlaknat "

Kalau kita fahami makna ayat dan sabda Rasulullah itu bahwa setiap manusia harus lebih baik daripada kelmarin.Ini merupakan motivasi hidup untuk kita yang diberikan pleh Rasul agar manusia itu selalu berusaha lebih baik

Semoga kita selalu berusaha dan usaha , insyaAllah semoga kita dimurahkan rezki . cepat atau lambat sahaja . banyakkan istighfar dan janganlah kita lupa pada Allah SWT , kerana Allah sentiasa bersama Hambanya .

baiklahh , sampai sini sja lah sembang pagi , huhuu . jika ada salah dan silap sila tegur/komen yer , sy cuma insan biasa yang tidak sempurna yang tak lari dari membuat kesilapan , semoga kita semua mendapat redho Ilahi . insyaAllah . Assalammualaikum ~


Friday 16 August 2013

sering tidur lewat .

Assalammualaikum , dan selamat pagi , jam sekarang menunjukkan 3.50am , dan aku masih belum melelapkan mata seperti orang lain yg dapat tidur dengan nyenyak dan dibuai mimpi indah , entah sampai ke jepun ataupun china , ekkeekee. merepek lak . ehem .. aku memang salu tidur lewat , padahal takde kerje pun . huhu ..memang nak tidur awal , tp aku rasa macam rugi je kalau tidur awal , banyak benda lagi aku boleh buat , contohnye macam sekarang ni lahh , hahaa . blogger , twitter and facebook. alaa. bukan chat sape pun .. cari ilmu sedikit demi sedikit kan , sambil buka youtube , dengar lagu zawjati , ekeke . lagu tu akan aku ingat and kenang sampai bebila . khas utk aku tu . ekkeke , jangan nak ambik pulak , hihii . korang salu tidur pkul brpe ?haihh , bilalah aku nak jadi normal macam orang lain ? ohye . dah berapa banyak toksik dalam badan aku ni , dah berapa tahun tak tdur awai , huhuu .sepatutnya kita kene tidur pkul 10 , awai tuu , sape nak tidur pkul 10 , huahua . dalam badan kita ni pukul 11-12 bekerja membuang toksik ,sbb tu kene tidur awal , kalau tak dibuang toksin , memacam penyakit lah mai . cthnya . kegemukkan , sakit lenguh badan , dan memacam lagi , sakit jantung . kita tak jangka right , jangan amik ringan . yea . ajal tu Allah yang tentukan , bebila masa kita boleh mati kan , tapi sape nak mati awal? amalan tak cukup lagi oii , macam mana kita nak jawab kat akhirat nanti oii .so , dalam hidup ni kne lah disiplin .  ececehh . bajet je aku ni , aku sendiri pun tak disiplin . serius takleh tdur awal . huhuu .mata aku sekarang ni memang dah gatal pedih dan mengantuk dah ni .wuwuuuu . so.. kalau nak mulakan tidur awal dan bangun awal , memang susah , sebab dah biasa tidur lambat dan bangun lambat , tapi kan , tidur siang ni , takmacam tidur malam , ia membuat badan kita lagi letih dan berasa malas sangatt , kan kan? huhuu ..      astaghfirullah , aku boleh terlelap sambil update blog , hahaa . ok lah . nak rehatkan mata sulu , sebabnya mengantuk sangat ohh , esok dah ah nak kene buka kedai , lol . boii , assalammualaikum .

Tuesday 13 August 2013

Barakallah sahabat dan salam aidilfitri

Assalammualaikum , Selamat Hari raya Aidilfitri kepada pembaca blogger yang setia yang sy sayangi :)
tak sempat nak update blog , sebab bz sangat beberapa hari ni , huhu .biasa lah raya kan kan ? alhamdulillah , Allah beri kita kesempatan untuk menikmati keindahan di pagi syawal, syukur ^^ ramai jugak orang yg kunjung ke rumah , tetamu yang hadir ke rumah itu adalah rezeki , alhamdulillah :) kebanyakkan bebudak le, huhuu , bukan nya nak makan sangat , nak kutip duit raya , huhuu . mase kite kekecik cenggitu jugak lah , ehh , dah besar pun orang bagi duit raya jugak, tapi jarang jarang lah . hee ~ alhamdulillah , dapat duit raya dari makcik kesayangan , huhuu . then , kite yg dah besar ni . dah kerja .. kenelahh jugak bagi duit raya kat bebudak kan kan , huhuu . aku happy . masa raya ke dua . kawan baik aku datang , first time jumpa oh , nama dia aiman . bakal zauj kepada aisha . ekeke . secocok dorg . alhamdulillah , Allah pertemukan jodoh mereka . in shaa Allah , aku ? heheee . adalahhhh . ngeh ngeh ~ selepas tu , raya ke lima iaitu semalam 10.8.2013 , sahabat aku selamat diijabkabulkan . barakallah ..dan bersanding pada 12.8.2013 . hee , seronok lah dah kahwin . aku tumpang gembira jugak . macam mana lah rasanya orang bila dah kahwin , huhuu . menempuhi alam baru , woot woot , semoga suami dia menjaga dan bimbing dia hingga ke jannah , in shaa Allah , dan aku .. aku lah pengapit dia . ehehe . first time tu jadi pengapit. aku pulak yg gelabah mcm nak kahwin , hahaaa . hape hape je . hehe . ambik berkat kann . wakakaaa . dan semalam jugak aku pulang ke kedah . dan memulakan kerja yang berlambak dan bertimbun , huhuuu.. nak buat macam mana kann . kerja . ape lagi aku nak citer ni , huhu . takde dah kot . simple jep cter aku . simple ke? huhuu. oklahh. kalau aku ada salah ke silap . sila tegur . tegur tu jangan menyakitkan hati . islam tu kan indah . tegurlah dgn lemah lembut . alahai , teringat hamba Allah sorang ni . huhuu *senyum kambing* oklahh . assalammualaikum ...



 Selamat pengantin baru , semoga berkekalan dunia akhirat
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.

Monday 5 August 2013

Muslimah .


                           
Muslimah itu
Terkadang gelak kuat tak henti henti .
Terkadang juga minum berdiri.
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayatul kursi .
Terkadang pakai stoking mula dai kaki kiri.
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari.

Muslimah itu
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi.
Terkadang  air matanya menitis laju tak terperi.
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun bangun lagi.
Terkadang rasa marah menguasai diri sampai nak lempang orang tu lelaju without mercy.

Muslimah itu
Adalah manusia biasa..
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba.
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya.
Yang tak lari dari buat khilaf dan dosa.
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa..
 

Tuesday 30 July 2013

TUDUNG pada ?

Assalammualaikum umat islam dan semua manusia yang saya sayangi dan kasihi ,
semua sihat ? huhu .
sejak beberapa hari ni bz buat kerja sampai taksempat nak luangkan masa dengan blog tersayang lagi manje niee . huhuu .
alahaii , ni tgh dengar lagu dari blog hamba Allah sorang ni , tenang je dengar . sambil taip taip ni haaa . seronok pulak rasanya ^^
alhamdulillah kita masih diberi nyawa . bukan sebab oxygen , tapi kerana Allah yang beri kita nyawa untuk hidup ^^ alhamdulillah , pintu taubat masih terbuka .dan tidak terlambat lagi untuk bertaubat kepada Allah ,
aku bukanlah seorang yang alim , tapi aku seorang hamba Allah yang jahil , lalai dan melakukan dosa juga . akan tetapi , aku akan berusaha , berusaha untuk berjihad ke jalan Allah , in shaa Allah dengan bimbingan yang diberi , alhamdulillah , ohyeaa . nak cerita and share pasal TUDUNG , TUDUNG?

Menutup Aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala.dan sebagai nya dari segi fizikal. jom kita lihat dari segi lain pula . Sekurang kurangnya,ada EMPAT perkara yang mesti ditutup dengan 'TUDUNG' : 
  1. TUDUNG" pada wajah . jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikkan untuk tatapan mata orang ramai. kecantikkan khusus buat suami, bukan pameran untuk lelaki Ajnabi
  2. TUDUNG"pada Mata . Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa apa yang diharamkan, mata yang berjaga pada waktu malam dalam berjihad di jalan Allah dan mata yang menitiskan airmata walau sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah ."(Riwayat al-Dailami)
  3. TUDUNG"Pada suara . jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempersona. Allah berfirman yang bermaksud:"jangan lah perempuan perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya.sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit ," (Surah Al-Ahzab 33:32)
  1. TUDUNG"Pada Hati . Hatinya terpaut pada mengingati Allah. in shaa Allah, apabila seorang wanita mengingati Allah. Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain. 
Sama sama kita beramal , mesej ini peringatan untuk diri hamba sendiri jugak , semoga hidup kita diberkati Allah , in shaa Allah dapat elak dari segala maksiat , kalau ada salah dan silap , tegur lah saya . sedia menerima teguran :) jom jadi umat islam yang berjaya sampai akhirat , in shaa Allah . Assalammualaikum .

Friday 19 July 2013

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

ASSALAMMUALAIKUM... hai semuaaa , sihat sihat ka?alhamdulillah ..
lama giler tak update blog tersayang ni.. ekeke..
pejam celik pejam celik dah puasa , dah Seminggu puasa . alhamdulillah ..
lambat update ,, ekeke . bz sikit ..
pertama Ramadhan hari tu berbuka dengan family , mak ada opah ada . huhu.
now dah balik kedah , kerja kerja dan kerja lah , ramai gila orang order barang , tak menang tangan nak buat , ekeke . hmm . ohye ? korang puase takk , haaa . mestilah puase kann , ape lah soalan aku ni. ekeke.
dibulan yang mulia ini eloklah kite mengumpul amalan , membuat kebaikkan , dan tinggalkan kejahatan , berazam pada diri akan jadi lebih baik lagi. bukan masuk tahun baru je baru nak bina azam , right? ha? salah ? nak kene ketuk? hahaa. bebulan puase ni kan , ade je kes dalam paper tu ha . main mercun letup kat tangan lah , ape lahh .haih . bahaya lah mercun tu. tambah lagi yang bebudak kecik tu , berani sungguh main mercun tu . tambah lagi mercun tu dorang buat sendiri , haih . bahaya , *aku pun main* hahaatp aku main yang aku berani je , macam bunga api tu , boleh lah . mercun lebah , roket . haa. aku reti main , paling aku takut nak main mercun Bola and mercun Botol . hohoho . memang tak berani . haa . adik adik abang abang , nak main mercun tu , hehati lah.. kekadang mercun yang beli tu masuk angin . ape lahh . kite tak tahu kan ? lagipun memacam kes sekarang ni kan ? jagalah diri dalam bulan puase ni ok ? ajal maut ditangan Allah , tp biarlah keadaan kita mati tu dalam iman :) ok ? itukan impian setiap orang islam , huhu . jangan buang masa dengan benda benda yang tak berfaedah , nak main mercun tu boleh . tp jangan main yang berbahaya k ? haihh . ni dah cerita pasal mercun pulaknye aku ni . hihiii . maaf lah yer , oh ye .. mesti korang dah beli baju raye kan ? aku belum lagi . hahaa. awal lagi ahh .relaks lahh .nanti nak habis ramadhan mesti tak syok kan kan .hargailah waktu waktu sekarang k , setiap minit dan saat tu sangat berharga.

Haaa , korang dedulu mase kekecik macam darjah 5 6 mesti pernah cecurik minum kan? hahaaa , eh ? aku teka je . hikhik .paling sedap mase ponteng puase mase tu air paip , hohoo , rasa macam minum fresh oren , jus tembikai . wakakakaaa . haa . aku pernah curik buka puase , minum air paip mase mandi , hakhakk , lepas tu menyesal . hekhek . tu je lah takde lah xtrem sangat cter aku . ke cter korang lagi xtrem , hohoo . share share ah .aku open minded , dont worry , kahkahh .tu kita kat malaysia ni kalau puasa separuh hari pun taktahan dah lapar , dah dahaga , bayangkan orang orang / saudara kita di palestine ,syria .. lagi lah takde makanan , kelaparan . bersahur tak makan , berbuka pun belum tentu makan ke tak.. ada salah seorang dari mereka bertanya kepada seorang ustaz . aku pun dah lupa  . dia tanya bersahur kami takmakan , berbuka pun kami tak makan , adakah sah/batal puasa kami?korang rasa jawapan dia apa ? aku takleh nak kasi jawapan , korang tanye lah ustaz ustaz atau ustazah ok ? so .. kepada korang , jangan tinggal puasa k?tak sia sia pun puasa ni , ikhlaskan hati , in shaa Allah semuanya berjalan dengan lancar , kalau tinggal tu . ganti lah balik , kerana orang yang berpuasa ni , API KEDUA AKAN DIPADAM OLEH PUASANYA .Allah itu Maha Kuasa . Maha Penyayang, Maha Mengasihani . oklah setakat ni je cerita aku . mengantukk pulak . ok . Assalammualaikum .

Dalam bulan yang mulia ni . bukan bulan puase je. bulan lain and setiap hari kene jaga 3 perkara ni :


 Perkongsian bersama :)


Saturday 29 June 2013

happy bufday to me !

Assalamualaikum .
alhamdulillah , sy masih bernyawa pada hari ini .
baru balik dari kenduri baca yassin and tahlil utk ramadhan ni.
Tanggal 29June2013 adalah hari ulang tahun kelahiran ku ,
aku bersyukur kerana masih diberi peluang :)
takde celebrate atau upacara baling tepung atau nasi basi , hahaha .
just berdoa . aku bersyukur sangat Ya Allah .
yang penting kekawan aku wish kat aku ,
yang mana tak wish tu , aku faham , dorg lupa lah tuh , hikhik .
merajuk ngn  dorg 1minit , hehee .
Hadiah ? alahh , takpayah hehadiah bagai ,wish and doa dari korang pun dah cukup..
haihh , ada kawan aku sorang ni , kawan lelaki lah , nama dia ? hehe.Adalah .secrett , tp aku suka dia sebagai kawan lah , suka yg macam mana ek , hehe , dia pandai buat kek , memang aku teruja , kata nak buat kek hari jadi aku , takpun , tahu lah jauh . eeii . nak tuntut nantii . dah lah bufday aku pun dia tak wish , eeii . plusplus merajuk gila ngn dia . hummm>< sedihh sedihh . dah lahh , semakin aku nak lupa dia , semakin aku ingat , semakin dia dtg , hurghh . and aku harap dia bahagia . aku senang berkawan dengannya :) ramai jugak lah kawan aku . yang bebetul salu ada dengan aku ? takramai , sorg dua je . Aiman . BFF aku dunia akhirat . dia sakit :( kisah nhidup dia ? kesian dia . macam mana lah dia lalui kan . haihh . takpelah , aku doakan agar dia bahagia and dipanjangkan umur , dan terus jadi bff aku selamanyaaa dan impian dia nak berkahwin dengan si adik angkat aku tu tercapai , in shaa Allah . peace ! hehe .
Ramadhan nak dekt dah ,in shaa Allah ,kita bertemu lagi ramadhan tahun ni :)
yayy , taksabar tunggu adik adik , makcik and abg aku balik kampung , rindu teramat . hmm :) xcted! hehe . and aku rindukan aisha jugak , adik angkat aku . yg kini berada di uitm arau perlis , nurullll cepat balikk , huaaaaa :( rindu gila wehh . hee .ok lahh .tu je lah aku nak share . babaii .Assalamualaikum

Wednesday 26 June 2013

Assalamualaikum , selamat hari rabu .
Alhamdulillah hari ni hujan :)
in shaa Allah , mungkin jerebu akan kurang ,
ramai yang marahkan indonesia sebab dorg negara kita dilanda jerebu ,
Hmm , dalam hal ni , kita tak boleh lah nak salahkan sesiapa okeng ?
semua ni Kuasa Allah :)
kita tak boleh nak marah k ?
perbanyakkan doa dan solat hajat .
agar negara kita selamat dan dijauhi segala penyakit ,
ya , memang manusia yang hidup pasti akan mati,
tapi kita mencegah ,kita nak hidup lagi . nak mengumpul amalan ,
sebab . amalan kita masih tak cukup kan ?
ohyer , jerebu dah sampai ke perak , kat manjung paling tinggi lah jerebu .
kat kampung aku ni sesikit je , tp ramai orang memakai mask. aku je tak, hekhek.
ohyer , aku baru je balik dari kuala kangsar semalam *rumah mak aku* hmm , aku taknak balik sebenarnya .aku sedih ah , sedih sangat , tapi tanak layan sangat sedih tu. humm , ape yang aku mampu buat ialah berdoa agar Allah lindungi mak dan adik aku. aku sayang sangat kat dorang , aku sayang keluarga aku , aku kalau boleh nak duduk lagi ngan mak aku .rindu lahh , rindu kucing , rindu adik .hermm , sunyi lahh :(yang best tggal kat umah mak aku , hehari leh makan masakan dia , aku ? haha . nak harapkan aku masak , kene ade mood ahh . automatik kalau tinggal kat umah mak aku , aku jadi pemalas giler , ekeke . asyik buli gemok ajer , ekeke .sebab aku manja kot ngan mak aku , hikhikk , sebab tu malas nak wat kje umah , tapi . takde l;ah sampai tak buat kan ? sekali sekala tu ade lah jugak kan , haa . ade jugak wat keje , hehekk . aku rasa hari ni tak larat ajer . hm ,mengantuk . rasa macam lemah sangat . hmm,taksabar nak tunggu bulan ramadhan :) nanti makcik , adik and abg balik , yayy . rindu lah kat gluna and the geng . alaa , budak 5ekor yg cecomel tu , huhu . rindu nya kat kedah . bila dah balik kedah . rindu perak . haa . gitu lah manusia , ok lah . kepada kawan kawan , musim jerebu ni . tolong jaga diri , jaga kesihtan k ? and jaga kebersihan.okay . Assalamualaikum semua ^^

Sunday 16 June 2013

Selamat Hari Abah !

Assalamualaikumcantik dan kacak ,
haa , disini aku nak ucaokan selamat hari bapa kepada ayah ayah kat Malaysia ni!
huhuu,
korang bagi hadiah ape kat ayah korang ?
mesti ade buat kejutan kan kan ?
hehe..
aku ? aku .. aku sedekahkan Al-fatihah je kat abah aku.
and mendoakan agar dia aman disana :)
abah dah tinggalkan kami sejak 3tahun lepas .
pemergian dia amat mengejutkan.
yang paling sedih sekali ,
aku adik and abg tak sempat jumpa abah :(
yeaa , doaku pada abah tidak pernah putus ,
abah aku meninggal sebab sakit asma ,
sedih ni hanya Allah je yang Maha Mengetahui .
huarghhhhh ><
aku taknak cerita banyak lah ,
tapi abah aku seorang yg baik hati :)
kepada korang yang masih ada ayah , dan ibu .
tolonglah hargai mereka .
hormat dan cakap lah dengan lemah lembutnya , okay ?
mereka marah bukan mereka taksayang , bukan mereka benci,
Tapi, dorang nak anak anak dorang jadi orang yang berguna. berjaya , dan menjadi soleh dan solehah ,ibu bapa mana yang taksayang kan anak , betul tak ?
huhuu . seorang ibu/ayah mampu menjaga 10 anak , tapi belum tentu 10 orang anak itu mampu menjaga ibu ayah mereka ,
ingat , jadi lah anak yang baik , jangan derhaka .
Anak Derhaka tidak masuk syurga , Nauzubillah , semoga kita tidak tergolong daripada golongan itu , keep calm and jadi soleh dan solehah :)


Assalamualaikum dan selamat pagi , pagi lagi ke ?
huhuu..
tak ada apa apa yang nak dicerita ,
aku rindukan adik adik aku , makcik aku , mak aku ..
hmmm , bosan lah duduk rumah ,
sebab tu aku salu kuar ,
taklah bosan sangat ,
duduk rumah , online , tgk tv ,
kekadang tlg opah tanam bunga , huhu .. cabut rumput ,
malam pulak , lagi lah  bosann .
ohye , aku baru balik dari pekan ngn opah aku ,pergi beli barang ,
semalam text dgn adik aku,katanya makcik demam campak :(
Dah berjangkit dengan sape le pulak ,
aku doakan semoga makcik aku cepat sembuh ,
makcik aku kan kuat and tabah orang nye ,
hihii :D
hmm, aku ingat nak kerje duduk kat kampung ni ,
tapi tapi.. ase malas pulak , haha.
nanti nak g umah mak . yayy !
yeaaa , dudukk rumah makan makan makan kerje aku , wahahaha ,
pastu main dengan haziq yg comell comel tu , dengan putih , nak tahu putih tu sape ?
HAHA.. anak lembu tokcik aku ah ..kalau kita sua tangan kita , nanti dia jilat ah , huahuaahahaha , ase geli kott ,teringat mase dulu kekecik , naik atas lembu tokcik , bg makan . huhuu . best gak , best sebenarnya duduk kampung ni ,
jiwa tenang sangat . aku bersyukur :) okay lah . nak g masak :D
Nanti kite share eh nak masak apa , boleh tengok kat dapur kite k , peace yaw ,
okay , assalamualaikum .

Friday 14 June 2013

ketagih shopping online ~

Assalamualaikum dan hai semua ,
sihat ?
alhamdulillah,
Allah masih berikan peluang kita untuk hidup.
hidup untuk apa ?
Untuk mencari keredhaanNya ,dan memperbaiki diri kita agar menjadi manusia yang berguna, dan mengumpul bekalan ,amalan didunia untuk dibawa ke akhirat kelak :)
Ececehh , ceramah lah pulak aku ni ,
yapp , untuk diri aku sendiri jugak ,
Jangan pernah penat untuk melakukan ibadah , inshaaALLAH. Kelak nanti kita jugak yang senang , bersusah dulu , bersenang kemudia kan ? ekeke.
ok , aku nak story sikit ah ,
aku ade masalah act , hmmm .
ape masalah aku ?
hmmm , masalah aku ialahh , aku ni kaki shopping ,
arghh . suka buang duit untuk beli itu ini , hmmm.
aku nak elakkan , tapi . Ya Allah . susah susahh ,
pantang tgk benda cantik ><
acano ni ? hmmm .
duit dalam simpanan tgal bpe ratus aje , oh tidak ,
habislah kalau makcik aku tanya , mana yang bebanyak tu ?
aku nak jawab apa ? aiyarkkk .
aku takleh ahh , tengok baju , dress and tudung cecantik ni ,
tambah lagi , sejak ada Instagram tuh ,
hohoo , ramai shop shop follow aku ,amboiii , mmg nak menghabis kan duit aku ni.
Agagagagagagaaga , Jauhkanlah aku dari semua tu ..kekadang rasa macam bersalah pulak , haih .
and last lah kot aku nk beli online niee ><
bukan ape , aku jadi ketagih nak beli online , bahaya jugak camni , haihh .
aku dah mula peningggg . arghhhhhh .
seeloknya kita Jauhkanlah dari sifat membazir ni , tak elok sebenarnya , korang pun tahu kann , lepas dah beli , baru nyesal , walaupun barang tu cantik and kita puas hati , hmm. membazir tu amalan syaitan , jauhkanlah :( okayy *ketuk kepala sendiri* ok assalamualaikum

Tuesday 4 June 2013

Ingat Mati

Assalamualaikum dan selamat petang , okay hari ni aku nak story sikit lah..
sikit je tak banyakk okay , hahaaa.
okay malam tadi aku mimpi kiamat esok .
Ya Allah..nak tahu macam mana ?
darat ni , bumi yang kite pijak ni terbelah , aku dan keluarga bertawakal.
and dalam mimpi tu, aku tahu kejap lagi aku akan mati.
dan macam mana rasa mati itu.
MasyaAllah ,
aku mase dalam mimpi tu , aku kata , Ya Allah . adakah ini mimpi . mimpi ke .
aku hanya berserah kepada yang Maha Kuasa ..
aku tak ingat lagi , sebab mimpi tu samar samar .
itu baru dalam mimpi . tak tahu lagi kalau kiamat bebetul ,
Subhanallah . wallahualam .
apakah maksud mimpi itu ? :(
aku akan bersedia untuk mati kalau amalanku sudah cukup.
amalan aku tak cukup lagi,
aku hanya hamba yang selalu leka , lalai ..
ya, aku selalu fikir pasal mati,
aku salu fikir , macam mana rasanya mati.
semua orang takut mati kan ?
kalau boleh , semua orang nak jauh dari mati.
tapi, percayalah . kalau korang mendekati mati , and memahami baca tentang kematian , subhanallah ..hidup kita ni jadi tenang . serius ,
aku ada baca buku tentang kematian ni,
takut jugak kan , bila aku baca ..faham , and dah masuk dah dalam tu . serius ah , aku tak rasa macam takut , aku rasa bersedia untuk mati,aku rasa tenang, tapi .. bila dah lelama tinggal buku tu ,lama tak baca , Hampeh ,
perasaan takut tu ada woiii .
tapi tu lah , kite kene jugak belajar bersedia untuk mati .
cikgu aku pernah kata , adakah awak semua dah sedia untuk mati ?
kita nak jawab apa ? DIAM ' dan cikgu aku kata ,
kita sepatutnya , haruslah bersedia untuk mati , sebab apa ?
sebabnyaa . mati tu bebila masa pun kita boleh mati , tahu ? tak kire tempat atau masa , kalau Allah kata " Hang mati esok petang " haa . mati jugak le esok petangnye,
lain pula pendapat ulama ulama ni, kekadang orang tu ditetapkan mati hari ni , disebabkan sikap nya yang suka memaafkan orang.baik hati .Allah menyuruh malaikat tunda hari kematian seseorang itu ,contoh: umur orang tu 20 tahun , tunda 30 tahun hari kematian dia ,Subhanallah, ini yang aku dengar dari para ustaz dan ustazah yer ,huhuu ,
tapi tak semua orang dapat bonus macam tu kan ?
bukan susah nak buat baik ,cuma kehendak kita nak pilih jalan mana .kann ?
hmm , okay lah , wei. kalau ada yang salah aku cakap ni , habaq lah kat aku , k ?
komen komen . orait ?
okay , assalamualaikum :)

Saturday 1 June 2013

sembang sembang kosong

Assalamualaikum, dan hai semua :)
banyak nya kenduri yang saya kena pergi ,
eh ?
saya saya pulak , tak gengster argh , kihkih.
hihii, minggu depan kenduri rumah kawan dia kahwin , ramai betul kawan awok dah kahwin,
alhamdulillah,
dorang sudah menemui jodoh mereka ,
aku turut gembira :)
aku bila lagi ?
hahaaa..
tunggu ;lah , biar cukup ilmu dulu , kann ?
aku pun masih muda .
taksesuai kot nak berumah tangga ,
eh ? asal lah aku asyik update pasal kahwin ni ?mana tak nya ,
aku ni asyik g kenduri kekawan lah , kezen lah , hehe .
saje ah kann nak ceciter ,
korang rasa masuk akal ke ?
argh biarlah .:/
act aku dalam proses nak berubah , inshaaAllah .
semoga segala urusan aku dipermudahkan :)
lantaklah orang nak kata apa , hurmm .
semalam g kenduri ..nak tahu ? ada orang kata aku ni mcm muka artis , kah kah .
orang tu sebenarnya rabun ,ataupun dia perli aku ? hahaaa , yelahh biasa lah tu kann ? aku kann  ,kalau orang puji aku , aku tahu tu bebetul ikhlas atau tak.
nak tahu ? orang tu kata aku macam muka zizan raja lawak . ngek ke ape ?
hahahaahahaa , aku dah lah tak minat langsung zizangg tuh .
boleh pulak dia kata lagu tu , haish .
ini sudah melampau .muka aku sikit punya ayu lah , boleh kata macam zizang tuh , aiyoyooo . dah abaikan .
dalam pada masa yang sama , tuan rumah semalam berkata kepadaku ,cehh , ayatt . dia kata ada orang berkenan kat aku , lepas tu tuan rumah tu nak bergambar dengan aku, sambil tu dia cakap nak bergambar dengan anak menantu . Japp jap , yang berkenan kat aku tu anak dia ke ? haishh .jangan lahh ,
aku taknak kahwin sepupu sepapat niee , ekekeke , rebe nya aku . tahu rebe tu apa ? tak tahu ? nak tahu ? teka sendirik :p bahasa orang perak tuh :D
hurmm , aku kan , kalau nak kahwin , nak kahwin dengan orang jejauh . bak kata cikgu aku , kahwin lah dengan orang yang jauh negerinya, negeri yang mana kita tak pernah pergi ,haishh . bagus jugak cikgu aku ni mengajor , aku teringin nak g kelantan , tapii , family aku pulak tak suka orang kelantan , susah jugak , hurmm.
orang kelantan tak semua hape hape kan ? tapi , haish , biarlah .
kite cari orang johor lah ,. kahkahh . sapee ek ? aku pun tak tahu .
sesenang cari orang sama kepala dengan aku , ho ? Hahahaa , dah merepek kan ?
buang mase je citer pasal semua tu . jodoh tu yang datang cari kita ,
takperlu risau ok sesayang semua ? kalau takde jodoh kat dunia ni , mungkin kat akhirat , di syurga nanti . nak masuk syurga tak ? mestilah nak kan ? so ikut lah perintah-NYA :) ,ohyer, semalam mak aku balik kuala kangsar dah :(
aku rasa nak nangis je masa bawak moto :(
sdih sangat semalam ,
alhamdulillah, mak aku selamat sampai ke kuala kangsar :)
bilalah aku nak g kuala , argh .
rindu gemok , gemok tu kucing kesayangan adik lelaki aku, gemok sungguh wei .
geram aku tengoknye , ekeke . okaylah , kalau ada salah silap aku cakap . tolong maafkan yea ?
aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan dosa :,)
sampai sini je lah yer ?
Assalamualaikum ,

Tuesday 28 May 2013

Kahwin ?

Assalamualaikum and hi gegadis and jejaka yang lawa hensem ,
baru balik dari pekan , huahuaa .
 ramai jugak ah kan orang kat pasar pagi tadi,
ramai jumpa kekawan lama , rindunyaaa ,
 tapi , dorang pun nak cepat kan ?
nak tahu ? ade makcik jual kuih ni , kata aku ni bila nak makan nasik minyak , padahal hari tuh aku baru aje makan nasik minyak , belambak gile wedding ,
HAHA. yep aku faham maksud makcik tu,
dia kata kalau ade orang minang , jangan ditolak ,
uish , ade pulak cenggitu ?
HAHA,takmoh aku , sebelum ni pun aku tolak ,
bukan apa , yelahkan sebab awal lagi lah ,
aku tak bersedia lagipun ,
tanggungjawab berat uh lepas kahwin ,
nanti kahwin , mestilah ade anak bagai,
oh tidakkkkk , aku tak bersedia lalui semua tu lagi ,
aku taknak akhiri zaman bujang aku , ekeke .
boleh hidup kot tanpa lelaki , ekeke ,
kejar kerjaya dulu,
nanti aku dah kaya , haa , barulah pikir semua tu.. ye dak ?
sekarang , duit pun keringg , HAHAHA..
ingat orang lelaki je ke kene simpan duit nak kahwin nanti, perempuan pun kene lah jugak membantu , kan ?
eh , untuk diri sendiri k ? ape ape masalah nanti senang , kita ada duit , ye dak ? cikgu aku pernah kata , nanti dah kahwin ,nak beli spender pun tak cukup duit , mintak kat laki , spender dah koyak * huarghh . takut betul bunyi tu, aku taknak jadi cenggitu , anda pun sama kan ?
haa , kalau nak cari pasangan hidup nie , kalau nak yang berduit , hemsem , kukuh pegangan agama, kita kena lah tengok diri kita dulu ok ? perbaiki diri kita dulu :D
orait? hhehee , nanti dah kahwin senang ,
adakah aku sedang merepek ? aku pun taktahu lah ape yang aku cakap , jasad aku yang menaip nii, roh aku yang bercakap .
huhuu , korang dah makan ? aku lapar . aku nak makan .
jasad aku malas nak taip dah , ohyea , rohani kita pun kene makan , apa makanan dia ? yea , betul tu  solat :)
aku nak pesan lah kan ,
*cari pasangan yang membimbing kita ke jalan Allah ,
*bukan kaki pukul
*bukan kaki botol
*bukan kaki lepak kedai kopi
*carilah pasangan yang jadualnya penuh dengan aktiviti yang baik , inshaaAllah
*yang penyayang , bertanggungjawab .memacamlah , anda pun tahu kan memilih pasangan yang baik ,
hee selamat mencariiii :D

aku ni pernah carikan jodoh kat orang , alhamdulillah , dorang dua tahun lagi nak kahwin, ekeekee ,

sape nak aku tolong carikkan ?
ceh , diri aku sndiri pun etah hape hape , semua menyakitkan hati , takpelah , asalkan orang sekeliling aku bahagia , aamiin ,
okaylah , kalau ade salah ke silap yang aku taip nie ,maafkanlah yer and sila tinggalkan komen , ok ? saya juga perlukan nasihat dari anda :)
okay , Assalamualaikum

Monday 27 May 2013

Wedding kezen

assalamualaikum ,
and hai ! k lah , aku malas nak taip bebanyak ni , sakit hati semua ada ni , beberapa hari ni kan , bz g kenduri kekawan , kezen , semalam kawan aku bertunang , aku tak dapat datang , sebab aku terpaksa pergi gerik , sbb ada wedding kezen aku kahwin ,
 so. semua orang pakat nak kahwin sekarang ni nohh , huhuu , semoga kekal hingga akhir hayat inshaAllah sampai syurga :)
aku bila lagi ?
 hoii. awai lagik , hahaaa , best tengok orang kahwin ,
dapat hadiah , huahuaaaa .
yang best nyer ,jadi raja sehari tuu , bukan senang , sekali dalam seumur hidup tuh , ekeke,
 act , harituh ada orang melamar aku , tapi , masih awal untuk aku ,now orang tu dah ada pasangan hidup , alhamdulillah , bulan ni dia g umrah , maybe , huhuu . okaylah , assalammualaikum

Sedih

Assalamualaikum ,
korang sehat ?
aku ? aku sihat cume aku sedih :(
sedih kenapa ?
hurmmm..aku pun tak tahu .
aku rindu dia lah wei ,
tapi..dia rindu orang lain ,
arghh , kenapa dia buat aku macam ni we ?
aku ada perasaan jugak .
aku bukan nak merayu suruh dia balik kat aku,
tapi...
kenapa dia buat aku suka kat dia ?
then dia putuskan macam tu ?
sebab teringatkan ex dia.
kalau masih sayangkan ex , kenapa aku jadi mangsa ?
kenapa ? kenapa ? arghhh
and aku pi gatai stalk twitter dia , and aku dah tahu nama twitter ex dia tu . hurmm, sedih, tapi sape tahu kan ?
hope dorg happy lah ,
aku cemburu jugak lah kan , tapi hati orang kita takleh nak paksa . eh ?
aku takpaksa lah nak suruh dia suka aku ke tak ,
arghh.
dia yang tetiba datang dan pergi , huarghh ,
lebih baik tak kenal pun takpe kan ?
aku benci nak kekapel , takut jadi macam ni lah ,
bila kita dah sayang orang tu , tetiba dia pergi , hurmm hati sape tak sedih kan ? arghh ,
aku nak nasihatkan korang , bercintalah sebelum berkahwin , jangan kapel dengan orang yang kita tak suka then tinggalkan , nanti satu hari nanti awak jugak kene macam tu,and , and . jangan lah mainkan perasaan orang k ?
jangan jadi macam aku ni. bodoh . asyik terkena je , ok ?
boi
BROKEN HEART!!! ZZzzzzZZZzzzzzzzzz . go die

Saturday 25 May 2013

selamat bertunang

Assalamualaikum ..
hello blogger ! ada sihat ka ? haa , yang free free tu meh nak story sikit en,act baru balik dari kenduri bertunang kawan , penatt :D aku lah jadi mak andam nye , ekeke,. bolehlah sesikit mekapkan ,alhamdulillah, majlis tadi berjalan dengan lancar sekali,aku dengan semangatnye bangun awal pagi, kikiki . sesampai dirumah kawan tadi, tolong sesikit hias dulang , nak tahu ? dulang semua tu dia sendiri yang hiaskan. cantik jugak ,banyak jugak hantaran dulang tu dalam 20 lebih, sedara sedara dia kasi kan , huhu . baik betul sedara dia, huhu nak tengok ? nii haa

cantik kan dia gubah ? huhuu .Nak tengok gambar dia bertunang ? lek luh ,act ni kawan adik aku , adik aku takdapat datang , so aku wakil kepada adik aku lah .kalau ade adik aku mesti best , aku ni dah ah kurang bercakap , kikii , kalau adik aku tu , potpet potpet , riuh , hehe .so masa aku sampai pepagi rumah dia tu , aku lapor senanya , hehee . mak dia suruh aku makan dulu , aku memalu kucing , takpelah ,sanggup berlapar , hehe .sebelum pihak lelaki datang, dorang ada buat bacaan surah Yassin,yang ketua baca yassin tu muda ,lelaki*mestilah lelaki kan ?  Ya Allah suara dia merdu baca yassin tadi , haih , terpikat pulak . HAHA . gatai naa ,bagus lah .untung sape dapat suami macam dia , entah lah , tak kahwin lagi kot . argh , abaikan .okay dalam pukul 1petang, pihak lelaki pun dah sampai , mak dia sarungkan cincin pertunangan dijari kawan adik aku ni ,nama yang bertunang tu NORAIKAH RASIDA, sedap kan nama dia ? secantik wajah tuannya , ekkee , panggil aika jep, cantik sesangat oh . hee <3 then lepas majlis sarung cincin tu ,ada lah orang ambil gambar pengantin ,biasalah ramai sangat orang nak bergambar , almaklumlah orang cantik ye dak ? hehe,pastu ada memakan pulaknye ,aku memang dah lapor dari pagi tadi lah kan , ape lagi , melantak lah , aish ganaih haih bahasa , hehe ,aku pun ajak kekawan makan sekali ,lelauk dia pun sedap , aku tak sempat nak makan kuih muih yang berlambak dorang hidangkan tu :( bukan dah habis , terlupa nak g amik , kalot sangat nak balik , hurmm , takpelah , nak buat macam mana kan ? takde rezeki , jam sudah menunjukkan pukul3 , haih . cepat betoi masa berlalu , then , aku pun blah lah dari situ , sekian trima kasih ! :D

ehh , japp . ni gegambar kat majlis pertunangan aika :)
thanks sudi tengok :D
 NORAIKAH RASIDA
SELAMAT BERTUNANG
 
Ha okay ni lah bakal suami dia , ekeke , dorang secocok

time nie , bakal mak mertua sarungkan cincin pertunangan :)

 Curi bergambar dengan tunang orang :p
Ha nie dengan budak comel , ingatkan dah habis sekolah ,rupenye baru form2 :)

Cantikkan aika ? muahhahahaaa

Eh , tak habis lagi lahh , ekeke .kekawan semua dah bertunang , ada yang nak kahwin pun ada , aku ni bila lagi ? oii umur aku baru 20 , lambat lagik , tak sampai seru lagi , hahaa . calon pun enggak ada lagii , sering disakiti , nyampoh ,haa , masa majlis tadi tu jumpa lah kawan lama aku ni .nama dia mardiah , cantik sangat k , takde boyfriend , anak yang baik , hehe .okay , ni gegambar aku ngn kekawan aku , 


 I LOVE YOU FRIENDS :*
ME AND THE GENG SITI MARDIAH ,SYAHIRA ZAHAR , AND SITI HAWA ,dorang ni kira macam sepupu lah , betoi ke ? hehe . k dorang lawa :)

Okay lah dah tengokkan ? k thank you sebab dah jelajah blog yang tak seberapa ini . dotttt . assalamualaikum , Eh , follow k :D

Thursday 23 May 2013

Syasya

Kawan Dunia Akhirat .syamimi binti ishak

Assalamualaikum , haa , sihat ke ? korang tengah buat apa tu ? aku tahu . tengah stalk blog aku lettew sebab nak tengok kawan aku si syasya ni , ekeke . okay lahh . citer pasal kawan aku ni, kawan sejak sekolah menengah , walaupun kitorang terpaksa berpisah masa abis pmr (form3) dia berpindah ke terengganu , sekolah di sana , nampaknya dia lebih pandai sejak sekolah di sana , salu aku potong dia , ekeke , nampak tak ? kualiti pengajaran dari sekolah ke sekolah tu lain . kan ? hoi , mana ada lah .itu terletak atas kita sendiri , okay ? then , lepas abis SPM dia balik semula ke perak , dan tinggal bersama ibunya , hoi , mak dia lawa kott . lembut je bila berbicara .aku suka .then , aku happy sangat bila dia dah balik perak(kampung) lama gila tak jumpa . humm . rindu tahap cipan ,wakaka .hehe .nama kawan aku ni syamimi , aku lebih suka panggil SYA/SYASYA . dia baik sangat . aku sayang dia weh . hee ,Family dia semua cecantik , aku suka tengok akak dia , cun weh . kalau aku laki , ngorat habis , hahaaa .okay dia ada buka kedai di dot dot . takleh gthu , nanti korang rampas dia dri aku , hehe . takde lah , just kidding lah ,ni ah kawan aku yang paling cantik

Syasya ,sayang kau :*
jangan ngorat dia , dia aku punya , muehehe . 
kalau nak ngorat g jumpa family dia , 
sape main main kan dia , aku tumbok muka orang tu.
ceh , acah acah je berani nak tumbuk muka orang.


Haa.. dah tengok kan ? okay , thanks sudi singgah blog aku ni yang entah hape hape je .hope sape yang dah baca ni , rerajin le follow , haish , tu pun nak gthu ke ? hehehe . tak tak , gurau je . okay ,aku ni tak rajin nak taip pepanjang sangat nie , aku pun ada koje lain nak buat haa . hehe .

Haziq

Adik sepupu (Haziq) nama penuh taktahu , hahaa

okay , biasa lah ,kalau aku kat kampung ni , buat apalah sangat kan ? keluar,lepak lepak dengan si comel haziq niee,hee . dia ni anak pakngah and makngah aku , mak ayah dia pun lawa , haa .mana tak dapat anak yang omey omey cenggini .kalau korang tengok bebetul si haziq ni, serius , rase nak bawak balik rumah je , hahaa , dia tinggal kat belakang umah aku je pun , haziq ni suka naik moto dengan tokcik aku, suka g jalan jalan budak ni, kalau kita dukung dia , nak duduk sat . mulalah tak duk diam , nangis , nak suh kita berdiri lelama , bawa dia g jejalan kan . hehe,biase lah bebudak. lagipun aku suka bebudak ni , tambah lagi yang cecomel , eii , geram kat pipi haziq tu , setiap kali jumpa mesti cubit and cecium pipi dia , gebu , wangi , bau wangi baby , hee . orang kata bau bayi tu dari syurga kan ? hee .. jangan risau . kita dulu masa bayi pun cenggitu jugak kan , ekeke .semua orang pernah jadi baby , haih . bila jadi baby , semua orang nak cium , nak sayang , suka kita . bila dah besaq , huhh . hampeh , hehe . kalau nak bagi orang suka tu , buatlah sikap yang baik dan disenangi orang , ekekee , dah melalut kat mana dah aku niee ,haih ,hari ni tak jumpa haziq lagi , tidur lah tu , kalau dia dengan mak dia , dengan kita dia menyombong dah .amboii , berkepit ngn mak ajer ye haziq , comel betul haziq niee , nak tengok haziq tak ? hehee . haa ni dia adik sepupu aku yang commelll dengan aku , ekeke . nyibuk je aku .


Thursday 16 May 2013






Mengidam kasut Ed Hardy



                          

nak tempah kasut ed hardy . arghh . tp size aku sebulan baru ade stock . humm . sodey sodey . takpe lah . tunggu jelah kann . ade banyak design lagi . tp yg tu aku tak jumpa. memang cantik lah kann . kasut yg dalam gambar ni yg original . hohoo . mau nye beribu wehh . heheee . haa . aku dah buat casing hp aku design ed hardy . ekekee . biase jer punnn .TARAAAAAAA . hihii

                              

 



Bukan Semua orang boleh terima kita

Assalamualaikum , hi disini saya nak story sikit ah kann.. bila kita mula kenal seseorang tu kann, dia kata dia suka kawan dengan kita ,sayang kita . tapi macam saya . susahlah nak percaya , saya kene kenal dengan orang tu lebih lama dan selalu berhubung . bukan boleh sehari dua dah nak percaya 100% . susah okay , ya , mungkin dia rasa kecik hati atau rasa yang tak syok lah sebab kita takpercaya dia kan. tapi kalau nak kita suka dia ,kenelah bersabar kann . kene lah faham kita .kalau dah rasa takleh nak sabar . go lah , blah dari hidup aku . senang kann. ekeke . takpe . kawan dulu . lelama aku sukalah tu . nak faham orang ni memang susah babe ,bukan senang . sebab kalau berlaku nya sesuatu hubungan tu seperti kawan atau kapel . aku serius habaq hang . tapi aku sering dipermainkan . aku taknak dah . tak larat . penat . ececeh . emo lah pulak . hehe..

             Betul weh, aku bukan budak sekolah nak main main cinta . macam cinta monyet bagai tu . buang masa lah babe . yes kapel tu tak digalakkan . aku lebih suka , kalau bebetul dah berkenan . silah lah meet family gua lu babe . eh acah gangster pulak nye ., hehe . kann .datang merisik dulu . kekenal dengan family kedua belah pihak . kann . ha pastu . masuk minang, kahwin terus . kan terhindar dari maksiat tuh . ekeke .tapi susah nak cari lelaki yang bebetul jujur lah nakkan kite ni ye dak ? kalau ada tu , Alhamdulillah . masih ada lagi lelaki yang gentle . ekeke . macam hape je ayat gua ni . haihh . awat aku rasa lapaq ha ? padahal dah makan dah tadi ,Maybe sebab masakan air tangan opahku kot . hehe . sedap uhhh .nyum nyum , haa sudah .dah melalut kat mana dah aku ni . hehe . tak boleh tidur lah . memikiorkan esok nak balik kampung . bukan aku taksuka . aku benci line kat kampung tuh . hurgh . tambah lagi line maxis . 

           Ohyer, dah melalut sekali lagi aku ni. dah merepek dah aku taip ni . hahaaa . okay lah . kepada kekawan yang diluar sana . carilah pasangan hidup yang boleh membimbing kita ke jalan Allah . inshaaAllah . aamiin . baiii