Followers

Tuesday 30 July 2013

TUDUNG pada ?

Assalammualaikum umat islam dan semua manusia yang saya sayangi dan kasihi ,
semua sihat ? huhu .
sejak beberapa hari ni bz buat kerja sampai taksempat nak luangkan masa dengan blog tersayang lagi manje niee . huhuu .
alahaii , ni tgh dengar lagu dari blog hamba Allah sorang ni , tenang je dengar . sambil taip taip ni haaa . seronok pulak rasanya ^^
alhamdulillah kita masih diberi nyawa . bukan sebab oxygen , tapi kerana Allah yang beri kita nyawa untuk hidup ^^ alhamdulillah , pintu taubat masih terbuka .dan tidak terlambat lagi untuk bertaubat kepada Allah ,
aku bukanlah seorang yang alim , tapi aku seorang hamba Allah yang jahil , lalai dan melakukan dosa juga . akan tetapi , aku akan berusaha , berusaha untuk berjihad ke jalan Allah , in shaa Allah dengan bimbingan yang diberi , alhamdulillah , ohyeaa . nak cerita and share pasal TUDUNG , TUDUNG?

Menutup Aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala.dan sebagai nya dari segi fizikal. jom kita lihat dari segi lain pula . Sekurang kurangnya,ada EMPAT perkara yang mesti ditutup dengan 'TUDUNG' : 
  1. TUDUNG" pada wajah . jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikkan untuk tatapan mata orang ramai. kecantikkan khusus buat suami, bukan pameran untuk lelaki Ajnabi
  2. TUDUNG"pada Mata . Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa apa yang diharamkan, mata yang berjaga pada waktu malam dalam berjihad di jalan Allah dan mata yang menitiskan airmata walau sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah ."(Riwayat al-Dailami)
  3. TUDUNG"Pada suara . jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempersona. Allah berfirman yang bermaksud:"jangan lah perempuan perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya.sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit ," (Surah Al-Ahzab 33:32)
  1. TUDUNG"Pada Hati . Hatinya terpaut pada mengingati Allah. in shaa Allah, apabila seorang wanita mengingati Allah. Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain. 
Sama sama kita beramal , mesej ini peringatan untuk diri hamba sendiri jugak , semoga hidup kita diberkati Allah , in shaa Allah dapat elak dari segala maksiat , kalau ada salah dan silap , tegur lah saya . sedia menerima teguran :) jom jadi umat islam yang berjaya sampai akhirat , in shaa Allah . Assalammualaikum .

No comments:

Post a Comment