Followers

Friday 30 August 2013

Princess Cut Abayath




visit my Instagram nooraliaibrahim

how to order abayath jubah ? 
whatsapp 0134932639
email chibimaruko635@gmail.com
 ada pelbagai warna boleh visit my IG atau di facebook Alia Ibrahim,

Starting date : 31st Aug 2013
Closing date : 7th Sept 2013

PRE ORDER 


Thursday 29 August 2013


Assalammualaikum :)
semua sihat ? alhamdulillah ..
jam sekarang menunjukkan tepat pada pukul 12.00AM *awal lagi* dan aku masih bercekang mata menghadap benda alah blogger nih sambil layan lagu di youtube bertajuk ehemmm . takleh gthu nanti korang curik , hahahaa . lagu seseorang khas bg kat aku , llalalalalalaaa .takde lahh , gurau jep, hihii ^^
tak sihat sikit  , batuk + selsema , tapi alhamdulillah , masih bertenaga :) selera makan , lalu haihh.wink wink.

semalam g jogging , huarghh . lama gilalah tak jog , last jog mase sklh menengah , so kene sambung balik , jom jaga kesihatan sikit , asyik terkurung kat dalam rumah jer , then kuar makan je , tak rock lahh , kikiki.
semalam punya jog satu round kat D'Aman Park , jauh jugak lahkan nak kne jog , satu round baru . if dua tiga round? huahahaaaa , takbangun esok pagi , biasalah memula kann . nak kene biasakan diri . lelama ok lah tuh , ni pun sakit and lenguh gila kaki :'( makkk . hahaa .

sejak dua menjak ni , aku jadi semakin malas malas dan malas , Ya Allah . iblis manalah yang hasut aku :/
bangun lia bangun! kau tu perempuan , kene kuat . ye aku kene kuat . aku perlukan sokongan . cehh . sokongan lahhh sangatt . err . hahaaha . banyak perkara aku fikir , sebenarnya perkara tu kecik , tp bagi aku besaq . hohoo . sampai naik tocang aku memikiorkan ni , masalah kewangan lahh . masalah negara lahh, masalah hati lah EH?? lalallalalaaa , taksabaq tggu raya haji ni . wink wink .tapi , aku hanya mampu berdoa . aku akan terus berdoa . dan aku kene bersabar jika rezeki aku masih belum ada . mungkin ini ujian untuk diri aku . aku bersabar . ade orang yang lagi susah dari kita , tapi kita kene berusaha .

 Nabi SAW pernah mengatakan bahwa " siapa yang hari ini  sama seperti hari kelmarin  maka dia orang yang merugi . Siapa hari ini lebih baik dari hari kelmarin maka dia orang yang beruntung, maka siapa hari ini lebih buruk dari hari semalam maka dia orang yang terlaknat "

Kalau kita fahami makna ayat dan sabda Rasulullah itu bahwa setiap manusia harus lebih baik daripada kelmarin.Ini merupakan motivasi hidup untuk kita yang diberikan pleh Rasul agar manusia itu selalu berusaha lebih baik

Semoga kita selalu berusaha dan usaha , insyaAllah semoga kita dimurahkan rezki . cepat atau lambat sahaja . banyakkan istighfar dan janganlah kita lupa pada Allah SWT , kerana Allah sentiasa bersama Hambanya .

baiklahh , sampai sini sja lah sembang pagi , huhuu . jika ada salah dan silap sila tegur/komen yer , sy cuma insan biasa yang tidak sempurna yang tak lari dari membuat kesilapan , semoga kita semua mendapat redho Ilahi . insyaAllah . Assalammualaikum ~


Friday 16 August 2013

sering tidur lewat .

Assalammualaikum , dan selamat pagi , jam sekarang menunjukkan 3.50am , dan aku masih belum melelapkan mata seperti orang lain yg dapat tidur dengan nyenyak dan dibuai mimpi indah , entah sampai ke jepun ataupun china , ekkeekee. merepek lak . ehem .. aku memang salu tidur lewat , padahal takde kerje pun . huhu ..memang nak tidur awal , tp aku rasa macam rugi je kalau tidur awal , banyak benda lagi aku boleh buat , contohnye macam sekarang ni lahh , hahaa . blogger , twitter and facebook. alaa. bukan chat sape pun .. cari ilmu sedikit demi sedikit kan , sambil buka youtube , dengar lagu zawjati , ekeke . lagu tu akan aku ingat and kenang sampai bebila . khas utk aku tu . ekkeke , jangan nak ambik pulak , hihii . korang salu tidur pkul brpe ?haihh , bilalah aku nak jadi normal macam orang lain ? ohye . dah berapa banyak toksik dalam badan aku ni , dah berapa tahun tak tdur awai , huhuu .sepatutnya kita kene tidur pkul 10 , awai tuu , sape nak tidur pkul 10 , huahua . dalam badan kita ni pukul 11-12 bekerja membuang toksik ,sbb tu kene tidur awal , kalau tak dibuang toksin , memacam penyakit lah mai . cthnya . kegemukkan , sakit lenguh badan , dan memacam lagi , sakit jantung . kita tak jangka right , jangan amik ringan . yea . ajal tu Allah yang tentukan , bebila masa kita boleh mati kan , tapi sape nak mati awal? amalan tak cukup lagi oii , macam mana kita nak jawab kat akhirat nanti oii .so , dalam hidup ni kne lah disiplin .  ececehh . bajet je aku ni , aku sendiri pun tak disiplin . serius takleh tdur awal . huhuu .mata aku sekarang ni memang dah gatal pedih dan mengantuk dah ni .wuwuuuu . so.. kalau nak mulakan tidur awal dan bangun awal , memang susah , sebab dah biasa tidur lambat dan bangun lambat , tapi kan , tidur siang ni , takmacam tidur malam , ia membuat badan kita lagi letih dan berasa malas sangatt , kan kan? huhuu ..      astaghfirullah , aku boleh terlelap sambil update blog , hahaa . ok lah . nak rehatkan mata sulu , sebabnya mengantuk sangat ohh , esok dah ah nak kene buka kedai , lol . boii , assalammualaikum .

Tuesday 13 August 2013

Barakallah sahabat dan salam aidilfitri

Assalammualaikum , Selamat Hari raya Aidilfitri kepada pembaca blogger yang setia yang sy sayangi :)
tak sempat nak update blog , sebab bz sangat beberapa hari ni , huhu .biasa lah raya kan kan ? alhamdulillah , Allah beri kita kesempatan untuk menikmati keindahan di pagi syawal, syukur ^^ ramai jugak orang yg kunjung ke rumah , tetamu yang hadir ke rumah itu adalah rezeki , alhamdulillah :) kebanyakkan bebudak le, huhuu , bukan nya nak makan sangat , nak kutip duit raya , huhuu . mase kite kekecik cenggitu jugak lah , ehh , dah besar pun orang bagi duit raya jugak, tapi jarang jarang lah . hee ~ alhamdulillah , dapat duit raya dari makcik kesayangan , huhuu . then , kite yg dah besar ni . dah kerja .. kenelahh jugak bagi duit raya kat bebudak kan kan , huhuu . aku happy . masa raya ke dua . kawan baik aku datang , first time jumpa oh , nama dia aiman . bakal zauj kepada aisha . ekeke . secocok dorg . alhamdulillah , Allah pertemukan jodoh mereka . in shaa Allah , aku ? heheee . adalahhhh . ngeh ngeh ~ selepas tu , raya ke lima iaitu semalam 10.8.2013 , sahabat aku selamat diijabkabulkan . barakallah ..dan bersanding pada 12.8.2013 . hee , seronok lah dah kahwin . aku tumpang gembira jugak . macam mana lah rasanya orang bila dah kahwin , huhuu . menempuhi alam baru , woot woot , semoga suami dia menjaga dan bimbing dia hingga ke jannah , in shaa Allah , dan aku .. aku lah pengapit dia . ehehe . first time tu jadi pengapit. aku pulak yg gelabah mcm nak kahwin , hahaaa . hape hape je . hehe . ambik berkat kann . wakakaaa . dan semalam jugak aku pulang ke kedah . dan memulakan kerja yang berlambak dan bertimbun , huhuuu.. nak buat macam mana kann . kerja . ape lagi aku nak citer ni , huhu . takde dah kot . simple jep cter aku . simple ke? huhuu. oklahh. kalau aku ada salah ke silap . sila tegur . tegur tu jangan menyakitkan hati . islam tu kan indah . tegurlah dgn lemah lembut . alahai , teringat hamba Allah sorang ni . huhuu *senyum kambing* oklahh . assalammualaikum ...



 Selamat pengantin baru , semoga berkekalan dunia akhirat
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.

Monday 5 August 2013

Muslimah .


                           
Muslimah itu
Terkadang gelak kuat tak henti henti .
Terkadang juga minum berdiri.
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayatul kursi .
Terkadang pakai stoking mula dai kaki kiri.
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari.

Muslimah itu
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi.
Terkadang  air matanya menitis laju tak terperi.
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun bangun lagi.
Terkadang rasa marah menguasai diri sampai nak lempang orang tu lelaju without mercy.

Muslimah itu
Adalah manusia biasa..
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba.
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya.
Yang tak lari dari buat khilaf dan dosa.
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa..