Followers

Tuesday 18 August 2015

Assalamualaikum , jam skrg menunjukkan pukul 1 pagi , dan aku kat ofis skrg , so nak bincang sikit pasal Syahadah , ramai yang mengucap Kalimah Syahadah , tp tahu kah kita di sebalik syahadah itu ? ya maksudnya adalah " Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah , Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah "

Makna Syahadatain :
1) Dua Kalimah syahadah yang mempunyai dua bahagian syahadah :
 
      "  Laailaahaillallah"  (maapler takdapat nak guna tulisan arab)

2) Penafian segala bentuk Tuhan,
    kepercayaan , akidah dan penyembahan pengisbatan bahawa hanya Allah Tuhan sekalian Alam .

     "Muhammadurrasulullah" ( rumi again :D)

3) Pengakuan Kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul dan utusan Allah .

Konsep Syahadah
konsep syahadah perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan ke dalam kehidupan setiap orang islam ..

Tuntutan Syahadah

1) Dibuktikan dengan menunaikan rukun islam iaitu solat lima waktu, zakat , puasa dan haji
2)Menurut segala Perintah Allah dan meningglkan segala larangan-Nya.


Fardu Syahadah ada DUA

1 = Diikrarkan dengan Lidah
2= Ditasdiqkan dengan Hati

setiap syahadah itu hendaklah diakui terutamanya bagi orang bukan islam yang baru memeluk Islam , Lidahnya hendaklah mengucap penyaksian itu sama ada dalam bahasa arab ataupun bahasanya sendiri dengan melafazkan" ashhaduallailahaillallah wa ashhaduannamuhammadarrasulullah "

Pengakuan Didalam hati terserah kepada hati mesing masing dan Allah sahaja yang mengetahui segala galanya .Islam hanya boleh mengukur yg zahir shaja , ertinya apabila seseorang itu telah mengucapkan dua klimah syahadah maka dia telah pun dianggap sebgai seorang muslim .

Enpat syarat sah syahadah

1= diketahui
2= ditasdiqkan dengan hati
3= Diikrarkan dengan Lidah
4= Diamalkan dengan Anggota ( seperti ibadah solat dan lain lain )


ohye , masa bercakap atau begurau mengenai islam atau berkaitan dengan agama islam hehati lah bila berbicara , takut terbatal Syahadah kita tu , ter murtad pulak . semoga dielakkan , Naudzubillah ..

lia share sikit dari nota syariah ..
ada salah , mohon tegur ..jika salah berbicara harap ditegur dan maafkan . sekian .. assalamualaikum ..



No comments:

Post a Comment