Followers

Friday, 30 August 2013

Princess Cut Abayath




visit my Instagram nooraliaibrahim

how to order abayath jubah ? 
whatsapp 0134932639
email chibimaruko635@gmail.com
 ada pelbagai warna boleh visit my IG atau di facebook Alia Ibrahim,

Starting date : 31st Aug 2013
Closing date : 7th Sept 2013

PRE ORDER 


Thursday, 29 August 2013


Assalammualaikum :)
semua sihat ? alhamdulillah ..
jam sekarang menunjukkan tepat pada pukul 12.00AM *awal lagi* dan aku masih bercekang mata menghadap benda alah blogger nih sambil layan lagu di youtube bertajuk ehemmm . takleh gthu nanti korang curik , hahahaa . lagu seseorang khas bg kat aku , llalalalalalaaa .takde lahh , gurau jep, hihii ^^
tak sihat sikit  , batuk + selsema , tapi alhamdulillah , masih bertenaga :) selera makan , lalu haihh.wink wink.

semalam g jogging , huarghh . lama gilalah tak jog , last jog mase sklh menengah , so kene sambung balik , jom jaga kesihatan sikit , asyik terkurung kat dalam rumah jer , then kuar makan je , tak rock lahh , kikiki.
semalam punya jog satu round kat D'Aman Park , jauh jugak lahkan nak kne jog , satu round baru . if dua tiga round? huahahaaaa , takbangun esok pagi , biasalah memula kann . nak kene biasakan diri . lelama ok lah tuh , ni pun sakit and lenguh gila kaki :'( makkk . hahaa .

sejak dua menjak ni , aku jadi semakin malas malas dan malas , Ya Allah . iblis manalah yang hasut aku :/
bangun lia bangun! kau tu perempuan , kene kuat . ye aku kene kuat . aku perlukan sokongan . cehh . sokongan lahhh sangatt . err . hahaaha . banyak perkara aku fikir , sebenarnya perkara tu kecik , tp bagi aku besaq . hohoo . sampai naik tocang aku memikiorkan ni , masalah kewangan lahh . masalah negara lahh, masalah hati lah EH?? lalallalalaaa , taksabaq tggu raya haji ni . wink wink .tapi , aku hanya mampu berdoa . aku akan terus berdoa . dan aku kene bersabar jika rezeki aku masih belum ada . mungkin ini ujian untuk diri aku . aku bersabar . ade orang yang lagi susah dari kita , tapi kita kene berusaha .

 Nabi SAW pernah mengatakan bahwa " siapa yang hari ini  sama seperti hari kelmarin  maka dia orang yang merugi . Siapa hari ini lebih baik dari hari kelmarin maka dia orang yang beruntung, maka siapa hari ini lebih buruk dari hari semalam maka dia orang yang terlaknat "

Kalau kita fahami makna ayat dan sabda Rasulullah itu bahwa setiap manusia harus lebih baik daripada kelmarin.Ini merupakan motivasi hidup untuk kita yang diberikan pleh Rasul agar manusia itu selalu berusaha lebih baik

Semoga kita selalu berusaha dan usaha , insyaAllah semoga kita dimurahkan rezki . cepat atau lambat sahaja . banyakkan istighfar dan janganlah kita lupa pada Allah SWT , kerana Allah sentiasa bersama Hambanya .

baiklahh , sampai sini sja lah sembang pagi , huhuu . jika ada salah dan silap sila tegur/komen yer , sy cuma insan biasa yang tidak sempurna yang tak lari dari membuat kesilapan , semoga kita semua mendapat redho Ilahi . insyaAllah . Assalammualaikum ~


Friday, 16 August 2013

sering tidur lewat .

Assalammualaikum , dan selamat pagi , jam sekarang menunjukkan 3.50am , dan aku masih belum melelapkan mata seperti orang lain yg dapat tidur dengan nyenyak dan dibuai mimpi indah , entah sampai ke jepun ataupun china , ekkeekee. merepek lak . ehem .. aku memang salu tidur lewat , padahal takde kerje pun . huhu ..memang nak tidur awal , tp aku rasa macam rugi je kalau tidur awal , banyak benda lagi aku boleh buat , contohnye macam sekarang ni lahh , hahaa . blogger , twitter and facebook. alaa. bukan chat sape pun .. cari ilmu sedikit demi sedikit kan , sambil buka youtube , dengar lagu zawjati , ekeke . lagu tu akan aku ingat and kenang sampai bebila . khas utk aku tu . ekkeke , jangan nak ambik pulak , hihii . korang salu tidur pkul brpe ?haihh , bilalah aku nak jadi normal macam orang lain ? ohye . dah berapa banyak toksik dalam badan aku ni , dah berapa tahun tak tdur awai , huhuu .sepatutnya kita kene tidur pkul 10 , awai tuu , sape nak tidur pkul 10 , huahua . dalam badan kita ni pukul 11-12 bekerja membuang toksik ,sbb tu kene tidur awal , kalau tak dibuang toksin , memacam penyakit lah mai . cthnya . kegemukkan , sakit lenguh badan , dan memacam lagi , sakit jantung . kita tak jangka right , jangan amik ringan . yea . ajal tu Allah yang tentukan , bebila masa kita boleh mati kan , tapi sape nak mati awal? amalan tak cukup lagi oii , macam mana kita nak jawab kat akhirat nanti oii .so , dalam hidup ni kne lah disiplin .  ececehh . bajet je aku ni , aku sendiri pun tak disiplin . serius takleh tdur awal . huhuu .mata aku sekarang ni memang dah gatal pedih dan mengantuk dah ni .wuwuuuu . so.. kalau nak mulakan tidur awal dan bangun awal , memang susah , sebab dah biasa tidur lambat dan bangun lambat , tapi kan , tidur siang ni , takmacam tidur malam , ia membuat badan kita lagi letih dan berasa malas sangatt , kan kan? huhuu ..      astaghfirullah , aku boleh terlelap sambil update blog , hahaa . ok lah . nak rehatkan mata sulu , sebabnya mengantuk sangat ohh , esok dah ah nak kene buka kedai , lol . boii , assalammualaikum .

Tuesday, 13 August 2013

Barakallah sahabat dan salam aidilfitri

Assalammualaikum , Selamat Hari raya Aidilfitri kepada pembaca blogger yang setia yang sy sayangi :)
tak sempat nak update blog , sebab bz sangat beberapa hari ni , huhu .biasa lah raya kan kan ? alhamdulillah , Allah beri kita kesempatan untuk menikmati keindahan di pagi syawal, syukur ^^ ramai jugak orang yg kunjung ke rumah , tetamu yang hadir ke rumah itu adalah rezeki , alhamdulillah :) kebanyakkan bebudak le, huhuu , bukan nya nak makan sangat , nak kutip duit raya , huhuu . mase kite kekecik cenggitu jugak lah , ehh , dah besar pun orang bagi duit raya jugak, tapi jarang jarang lah . hee ~ alhamdulillah , dapat duit raya dari makcik kesayangan , huhuu . then , kite yg dah besar ni . dah kerja .. kenelahh jugak bagi duit raya kat bebudak kan kan , huhuu . aku happy . masa raya ke dua . kawan baik aku datang , first time jumpa oh , nama dia aiman . bakal zauj kepada aisha . ekeke . secocok dorg . alhamdulillah , Allah pertemukan jodoh mereka . in shaa Allah , aku ? heheee . adalahhhh . ngeh ngeh ~ selepas tu , raya ke lima iaitu semalam 10.8.2013 , sahabat aku selamat diijabkabulkan . barakallah ..dan bersanding pada 12.8.2013 . hee , seronok lah dah kahwin . aku tumpang gembira jugak . macam mana lah rasanya orang bila dah kahwin , huhuu . menempuhi alam baru , woot woot , semoga suami dia menjaga dan bimbing dia hingga ke jannah , in shaa Allah , dan aku .. aku lah pengapit dia . ehehe . first time tu jadi pengapit. aku pulak yg gelabah mcm nak kahwin , hahaaa . hape hape je . hehe . ambik berkat kann . wakakaaa . dan semalam jugak aku pulang ke kedah . dan memulakan kerja yang berlambak dan bertimbun , huhuuu.. nak buat macam mana kann . kerja . ape lagi aku nak citer ni , huhu . takde dah kot . simple jep cter aku . simple ke? huhuu. oklahh. kalau aku ada salah ke silap . sila tegur . tegur tu jangan menyakitkan hati . islam tu kan indah . tegurlah dgn lemah lembut . alahai , teringat hamba Allah sorang ni . huhuu *senyum kambing* oklahh . assalammualaikum ...



 Selamat pengantin baru , semoga berkekalan dunia akhirat
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.

Monday, 5 August 2013

Muslimah .


                           
Muslimah itu
Terkadang gelak kuat tak henti henti .
Terkadang juga minum berdiri.
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayatul kursi .
Terkadang pakai stoking mula dai kaki kiri.
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari.

Muslimah itu
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi.
Terkadang  air matanya menitis laju tak terperi.
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun bangun lagi.
Terkadang rasa marah menguasai diri sampai nak lempang orang tu lelaju without mercy.

Muslimah itu
Adalah manusia biasa..
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba.
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya.
Yang tak lari dari buat khilaf dan dosa.
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa..
 

Tuesday, 30 July 2013

TUDUNG pada ?

Assalammualaikum umat islam dan semua manusia yang saya sayangi dan kasihi ,
semua sihat ? huhu .
sejak beberapa hari ni bz buat kerja sampai taksempat nak luangkan masa dengan blog tersayang lagi manje niee . huhuu .
alahaii , ni tgh dengar lagu dari blog hamba Allah sorang ni , tenang je dengar . sambil taip taip ni haaa . seronok pulak rasanya ^^
alhamdulillah kita masih diberi nyawa . bukan sebab oxygen , tapi kerana Allah yang beri kita nyawa untuk hidup ^^ alhamdulillah , pintu taubat masih terbuka .dan tidak terlambat lagi untuk bertaubat kepada Allah ,
aku bukanlah seorang yang alim , tapi aku seorang hamba Allah yang jahil , lalai dan melakukan dosa juga . akan tetapi , aku akan berusaha , berusaha untuk berjihad ke jalan Allah , in shaa Allah dengan bimbingan yang diberi , alhamdulillah , ohyeaa . nak cerita and share pasal TUDUNG , TUDUNG?

Menutup Aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala.dan sebagai nya dari segi fizikal. jom kita lihat dari segi lain pula . Sekurang kurangnya,ada EMPAT perkara yang mesti ditutup dengan 'TUDUNG' : 
  1. TUDUNG" pada wajah . jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikkan untuk tatapan mata orang ramai. kecantikkan khusus buat suami, bukan pameran untuk lelaki Ajnabi
  2. TUDUNG"pada Mata . Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa apa yang diharamkan, mata yang berjaga pada waktu malam dalam berjihad di jalan Allah dan mata yang menitiskan airmata walau sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah ."(Riwayat al-Dailami)
  3. TUDUNG"Pada suara . jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempersona. Allah berfirman yang bermaksud:"jangan lah perempuan perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya.sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit ," (Surah Al-Ahzab 33:32)
  1. TUDUNG"Pada Hati . Hatinya terpaut pada mengingati Allah. in shaa Allah, apabila seorang wanita mengingati Allah. Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain. 
Sama sama kita beramal , mesej ini peringatan untuk diri hamba sendiri jugak , semoga hidup kita diberkati Allah , in shaa Allah dapat elak dari segala maksiat , kalau ada salah dan silap , tegur lah saya . sedia menerima teguran :) jom jadi umat islam yang berjaya sampai akhirat , in shaa Allah . Assalammualaikum .

Friday, 19 July 2013

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

ASSALAMMUALAIKUM... hai semuaaa , sihat sihat ka?alhamdulillah ..
lama giler tak update blog tersayang ni.. ekeke..
pejam celik pejam celik dah puasa , dah Seminggu puasa . alhamdulillah ..
lambat update ,, ekeke . bz sikit ..
pertama Ramadhan hari tu berbuka dengan family , mak ada opah ada . huhu.
now dah balik kedah , kerja kerja dan kerja lah , ramai gila orang order barang , tak menang tangan nak buat , ekeke . hmm . ohye ? korang puase takk , haaa . mestilah puase kann , ape lah soalan aku ni. ekeke.
dibulan yang mulia ini eloklah kite mengumpul amalan , membuat kebaikkan , dan tinggalkan kejahatan , berazam pada diri akan jadi lebih baik lagi. bukan masuk tahun baru je baru nak bina azam , right? ha? salah ? nak kene ketuk? hahaa. bebulan puase ni kan , ade je kes dalam paper tu ha . main mercun letup kat tangan lah , ape lahh .haih . bahaya lah mercun tu. tambah lagi yang bebudak kecik tu , berani sungguh main mercun tu . tambah lagi mercun tu dorang buat sendiri , haih . bahaya , *aku pun main* hahaatp aku main yang aku berani je , macam bunga api tu , boleh lah . mercun lebah , roket . haa. aku reti main , paling aku takut nak main mercun Bola and mercun Botol . hohoho . memang tak berani . haa . adik adik abang abang , nak main mercun tu , hehati lah.. kekadang mercun yang beli tu masuk angin . ape lahh . kite tak tahu kan ? lagipun memacam kes sekarang ni kan ? jagalah diri dalam bulan puase ni ok ? ajal maut ditangan Allah , tp biarlah keadaan kita mati tu dalam iman :) ok ? itukan impian setiap orang islam , huhu . jangan buang masa dengan benda benda yang tak berfaedah , nak main mercun tu boleh . tp jangan main yang berbahaya k ? haihh . ni dah cerita pasal mercun pulaknye aku ni . hihiii . maaf lah yer , oh ye .. mesti korang dah beli baju raye kan ? aku belum lagi . hahaa. awal lagi ahh .relaks lahh .nanti nak habis ramadhan mesti tak syok kan kan .hargailah waktu waktu sekarang k , setiap minit dan saat tu sangat berharga.

Haaa , korang dedulu mase kekecik macam darjah 5 6 mesti pernah cecurik minum kan? hahaaa , eh ? aku teka je . hikhik .paling sedap mase ponteng puase mase tu air paip , hohoo , rasa macam minum fresh oren , jus tembikai . wakakakaaa . haa . aku pernah curik buka puase , minum air paip mase mandi , hakhakk , lepas tu menyesal . hekhek . tu je lah takde lah xtrem sangat cter aku . ke cter korang lagi xtrem , hohoo . share share ah .aku open minded , dont worry , kahkahh .tu kita kat malaysia ni kalau puasa separuh hari pun taktahan dah lapar , dah dahaga , bayangkan orang orang / saudara kita di palestine ,syria .. lagi lah takde makanan , kelaparan . bersahur tak makan , berbuka pun belum tentu makan ke tak.. ada salah seorang dari mereka bertanya kepada seorang ustaz . aku pun dah lupa  . dia tanya bersahur kami takmakan , berbuka pun kami tak makan , adakah sah/batal puasa kami?korang rasa jawapan dia apa ? aku takleh nak kasi jawapan , korang tanye lah ustaz ustaz atau ustazah ok ? so .. kepada korang , jangan tinggal puasa k?tak sia sia pun puasa ni , ikhlaskan hati , in shaa Allah semuanya berjalan dengan lancar , kalau tinggal tu . ganti lah balik , kerana orang yang berpuasa ni , API KEDUA AKAN DIPADAM OLEH PUASANYA .Allah itu Maha Kuasa . Maha Penyayang, Maha Mengasihani . oklah setakat ni je cerita aku . mengantukk pulak . ok . Assalammualaikum .

Dalam bulan yang mulia ni . bukan bulan puase je. bulan lain and setiap hari kene jaga 3 perkara ni :


 Perkongsian bersama :)